fbpx

Zizan Razak, Mira Filzah Kini Keluar Bersama?

Sebelum ini, terdengar juga khabar berita yang mengatakan bahawa Zizan Razak dan juga Mira Filzah sedang saling mengenali. Lebih lebih lagi baru baru ini mereka dilihat keluar bersama. Wah, biar betul.

Malah sebelum ini Zizan dan juga Mira dikatakan saling menghadiri event bagaikan memberi sokongan dan baru baru ini kehadiran mereka bukanlah diikuti dengan mana mana pihak sebaliknya memang datang berdua.

Jika imbas kembali kenyataan mereka kepada portal mStar Online tahun lalu, Zizan nyatakan dia dan Mira hanya kawan biasa dan tidaklah serapat yang orang ramai gembar gemburkan.

Selidik punya selidik, rupa-rupanya mereka hadir bersama dalam pelancaran pembukaan pengimport dan penjual kereta mewah, terpakai – Moga Motors – yang terletak di Jalan Ampang.

Melalui beberapa keping gambar yang dikongsikan, pasangan ini dilihat mesra betul.

Bagaimanapun, bukan Zizan dan Mira Filzah saja yang hadir, rakan-rakan artis seperti Linda Rafar dan Norman Hakim yang selalu berurusan di Moga Motors juga turut hadir.

Kalau artis pun selalu datang ke sini, pastinya servis yang ditawarkan juga baik, bukan? Malah kalau anda nak tahu, anda boleh jadi introudcer kat Moga Motors ni. Kiranya macam anda cadangkan rakan rakan anda untuk beli kereta di sini. Memang peluang buat pendapatan sampingan lagi.

Malah ketika ini, Moga Motors juga membuka peluang kepada anda yang ingin sertai pasukan mereka sebagai Sales Consultants. Berdiri di atas kekuatan dan jenama yang sentiasa dipercayai selebriti tanah air, ini peluang anda untuk menyertai Moga Motors.

Jangan ketinggalan untuk follow mereka di Instagram dan juga di Facebook MOGA Motors Sdn Bhd mereka. Sambil cuci mata sambil boleh jana pendapatan tambahan anda.