Juara bagi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012, Zizan Razak yang bersama dengan kumpulan Jozan gembira tatkala menerima pesanan ringkas dari rakan baiknya, Juliana Evans.

“Walaupun Jue tinggal di sana namun dia tidak lupa untuk mengucapkan tahniah sejurus selepas kemenangan saya di MLM (Maharaja Lawak Mega) baru baru ini,” ujar Zizan Razak.

Menurut Zizan hubungan dia dan Jue masih seperi biasa cuma jadual yang bercanggah membuatkan masing-masing tiada masa untuk berbual lama.

“Saya pun tak tahu waktu tepat di sana sebenarnya, masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing dan kami memang dah merancang untuk keluar bersama jika balik ke Malaysia jika ada kelapangan”