fbpx

Zizan Razak Bengang Bekas Pengurus Sekat Pendapatan

Kecewa dengan tindakan bekas pengurusnya, Marina Juki, Zizan Razak yakin dan percaya keadilan akan berpihak kepadanya dan akan membuat rayuan kepada pihak mahkamah.

BACA: Zizan Razak Akui Hubungan Pulih, Sudah Kembali Bersama Emma Maembong

Menurut Zizan, perintah injuksi sementara yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur menghalangnya menandatangani sebarang kontrak baharu atau endorsement dengan mana-mana produksi lain.

“Tindakan dia benar-benar menutup peluang pendapatan dan periuk nasi saya. Tindakannya itu sangat di luar jangkaan dan tidak adil. Malah, saya tidak faham apa yang diinginkannya.

“Sebelum ini, dia telah membuat kenyataan tidak mahu lagi menguruskan semua aktiviti saya. Saya sangat kecewa kerana dia sanggup bertindak seperti ini untuk menghalang pendapatan melalui titik peluh saya sendiri,” luahnya.

Pada 5 November lalu, Marina memfailkan saman terhadap Zizan menuntut ganti rugi khas bernilai lebih setengah juta ringgit berhubung perlanggaran kontrak. (rtky/syfq)