Zila Bakarin Sanggup Tolak Tawaran Daripada Buka Tudung
Tampil manis berhijab sejak tahun lalu, pelakon Zila Bakarin mengakui pernah ditanya oleh pekerja belakang tabir sama ada dia rela untuk membuka tudung ketika berlakon.
Zila mendedahkan soalan itu muncul apabila ada beberapa pelakon bertudung, bersetuju untuk membuka tudung semata-mata untuk menjayakan watak diberikan. Namun, dia tidak akan sekali-kali membuka tudung dan meminta agar mencari pelakon lain.
BACA: Mahu Jadi Muslimah Yang Baik, Zila Bakarin Mula Jaga Batas Pergaulan
“Jawapan saya, kalau nak kena buka tudung, cari orang lain,” katanya kepada Harian Metro.
Tidak menyedari bahawa perkara seperti itu wujud dalam industri, bagaimanapun, Zila berkata dia tidak mengetahui siapa pelakon yang dimaksudkan itu.
“Saya sendiri pun tak tahu yang situasi ini memang berlaku. Apabila dimaklum dan diajukan soalan begitu, baru saya tahu.
“Tapi, sampai ke hari ini saya masih tak tahu siapakah pelakon yang dimaksudkan,” katanya.
Kata Zila lagi dia tidak hak untuk memberi komen mengenai perkara itu dan itu pilihan individu tersebut untuk membuka tudung.
“Saya pun tak pandai sangat dan masih belajar. Kalau mereka terbuka untuk menanggalkan tudung ketika berlakon, itu hak mereka.
“Tapi, kalau tanya saya, saya tak mahu dan kalau terpaksa tolak tawaran itu, saya akan tolak dan anggap ia bukan rezeki saya,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Tudung tak ada dalam quran tapi ada dalam bible.
Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang
segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.
Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia. Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.
Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.
Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..
Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah
menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-
1)TUDUNG SAJI;
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT;
dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.
Citer cmni pun nk jd bahan gossip nok…
Sebelum covid dulu, kalau balik keje naik LRT, yang pakai tudung tu bau hamis, macam tudung tak basuh seminggu, rambut pun tak tau shampoo ke tidak. Memang loya aku, ada nak muntah dibuatnye. Pakai tudung tapi hygiene tak jaga, very low class
Penerbit, pengarah sila berhenti jd stereotypes laa! Ramai jek lg pelakon kenapa sampai nk suh buka tudung bagai seolah2 dah xde pelakon lain yg boleh bawa karekter tu! Mcm laa dahsyat sngt lakonan dia standard tu jugak!
hj tundung, yg tudung busuk,yg tak bertudung pon ada jugak yg busuk. yg high class ada yg pencuri, yg low class pon ada pencuri. yg hodoh mulut busuk, yg wangi pon ada jugak mulut busuk. jgn babit kan tudung dlm isu busuk ni ye. fikiran low class gitu