fbpx

Zed Zaidi Sahkan Julia Perez Tiada Permit Untuk Berlakon Di Malaysia

Untuk 48 jam yang lepas, 'perang' di media sosial antara Presiden Seniman Zed Zaidi dan Julia Perez menjadi perhatian para peminat hiburan dan juga media.

Awal petang ini menerusi akaun Twitter, Zed Zaidi dedahkan yang kehadiran Julia Perez ke Malaysia untuk berlakon filem adalah tidak sah kerana ketiadaan permit.

Zed Zaidi telah pun melakukan pemeriksaan dengan Bahagian Perlesenan & Penguatkuasaan (SPP) dan mendapati tiada nama Jul

ia Perez dalam permohonan permit filem tersebut.

Yang ada hanyalah senarai artis tempatan yang bakal berlakon dalam filem Sumpahan Malam Pertama arahan Murali Abdullah — menjadikan kehadiran Julia Perez tanpa permit.

Menurut Zed Zaidi lagi, antara syarat untuk kelulusan permit filem ialah artis yang terlibat perlu menjadi ahli persatuan artis yang di'iktiraf FINAS — dalam kes ini, Persatuan Seniman.

“FINAS sedang menjalankan siasatan dilokasi pengambaran melalui pasukan penguatkuasaan bahagian utara untuk tindakan,” tulis Zed Zaidi yang turut meminta tindakan lanjut pihak kerajaan.

zp8497586rq