fbpx

Zarina Zainuddin Terkejut Baru Tahu Anak Ada Sebelah Buah Pinggang

Pelakon Zarina Zainuddin mengakui terkejut apabila doktor mengesahkan anak ketiganya, Muhamad Nazim Azrai berusia 21 tahun memiliki sebelah buah pinggang.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik BH Online, Zarina berkata dia tidak tahu masalah dihadapi Naim sehingga anaknya itu tiba-tiba pengsan di rumah dan dikejarkan ke hospital pada Selasa lalu.

BACA: Zarina Zainuddin Syukur Anak Dapat Keputusan SPM 6A

“Saya baru tahu semalam. Setelah doktor lakukan pemeriksaan, didapati Naim ada sebelah buah pinggang sahaja.

“Apabila dimaklumkan, barulah saya perasan. Selama ini, Naim habiskan masa lama di bilik air setiap kali hendak buang air kecil. Saya sedih kerana bimbang apa-apa terjadi kepadanya,” katanya.

Sementara itu, Zarina berkata Naim dinasihatkan utnuk tidak melakukan kerja lasak dan doktor menyatakan tidak perlu risau jika anaknya itu sihat.

“Naim kena mula jaga pemakanan terutama elak makanan segera. Naim juga kena banyak minum air bagi membantu memudahkan pembuang air kecil.

“Bukan apa, bimbang menghadapi masalah kencing kotor yang boleh beri kesan kepada buah pinggangnya,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina memaklumkan Naim akan menjalani prosedur pengimejan resonans magnet (MRI) untuk pemeriksaan lanjut.

SUMBER: BH Online