fbpx

Zarina Anjoulie Padam Gambar Tunang?

Perkongsian pelakon Zarina Anjoulie menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar terbaru di Instagram dengan kapsyen seperti patah hati.

Malah, Zarina atau lebih mesra disapa Anju menutup ruangan komen perkongsian itu termasuk beberapa posting lain yang melibatkan tunangnya, Datuk Seri Elzey.

BACA: “Tunang Cakap Selagi Tak Sampai 55 Kg, Dia Tak Nak Kahwin” – Zarina Anjoulie

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Turut menjadi perhatian perkongsian Anju sebelum ini mengatakan tunangnya mahu dia menurunkan berat badan sebelum mereka mendirikan rumah tangga turut ditukar kapsyen. 

Anju menulis kapsyen terbaru mengatakan kapsyen ditulisnya sebelum ini menjadi isu sedangkan dia hanya bergurau sahaja.

Sementara itu, akaun TikTok tunangnya yang menggunakan nama @abot_anjoulie juga dilihat sudah tiada. Malah, gambar terbaru mereka berdua dikongsikan Anju baru-baru ini di Instagram juga sudah tidak kelihatan.

Sebelum ini, Anju berseloroh mengatakan tunangnya tidak akan mengahwininya selagi tidak mencapai berat badan 55 kilogram.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan syarat yang diberikan oleh tunang Anju serta mengatakan jika sayangkan seseorang terima individu itu seadanya.