fbpx

Umum mengetahui pelakon, Zarina Anjoulie sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan teman lelakinya Datuk Seri Khazrul Elzey dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Zarina atau lebih mesra disapa Anju ada berkongsikan video membeli cincin kahwin bersama bakal suaminya dan kedua ibu bapanya.

BACA: Dah Cerai Talak 3, Kekasih Zarina Anjoulie Beri Amaran Pada Bekas Isteri

Menerusi video tersebut, Anju dilihat teruja serta sempat menghadiahkan gelang emas buat ibunya, Norzaini Abdul Hamid serta mengucapkan terima kasih pada bakal suaminya.

https://www.tiktok.com/@zarinaanjoulie_elzey/video/7188495453187575066

Turut menjadi perhatian, Anju dilihat mahu memilih cincin lebih murah namun kekasihnya melarang serta mengatakan hanya yang termahal sahja untuk Anju.

Difahamkan, Anju bakal dirisik pihak bakal suaminya pada Sabtu ini namun belum berkahwin tarikh pernikahan mereka.

Video dikongsikan Anju mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira serta ada yang mendakwa cincin dipilih bakal suami Anju itu berharga RM200,000. Sementara itu di Insta Story, pelakon itu dilihat ada memuat naik gambar cincin berkenaan berserta tanda harga.

Sebelum ini, Zarina berkongsi berita gembira apabila dilihat sudah menempah baju perkahwinan di butik pengantin untuk hari bahagianya.