fbpx

Zara Zya, Hafreez Adam Bertemu Lepas 5 Tahun Putus Tunang

Selepas putus tunang pada November 2019, pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya pertama kali bertemu dalam satu majlis semalam.

Memetik Harian Metro, Hafreez berkata hubungannya dengan Zara baik-baik saja dan masih bertegur kerana pertunangan mereka diputuskan secara baik.

BACA: Zara Zya Menyesal, Mohon Maaf Adegan Dipeluk Pelakon Lelaki

“Apa yang boleh saya katakan, kami masih bertegur dan hubungan kami okay saja. Tidak ada sebarang masalah atau apa-apa. Macam saya pernah cakap sebelum ini, kami berpisah pun cara baik.

“Apa yang boleh saya katakan, kami masih bertegur dan hubungan kami okay saja. Tidak ada sebarang masalah atau apa-apa. Macam saya pernah cakap sebelum ini, kami berpisah pun cara baik.” katanya.

Menurut Hafreez lagi, dia tiada rasa kekok dengan Zara dan tiada masalah untuk bekerjasama. Malah, ketika putus tunang mereka saling meminta maaf serta mendoakan antara satu sama lain.

“Malah tiada masalah untuk bekerjasama. Ikutkan ada saja bertegur, cuma berjumpa… ini kali pertama. Tak ada rasa kekok… walaupun selepas kejadian itu (putus pertunangan), kami bawa haluan masing-masing.

“Memang perpisahan secara baik. Kita memang tutup buku itu. Kita ada minta maaf dan doakan yang terbaik untuk satu sama lain,” katanya.

Dalam pada itu, Zara berkata dia tiada sebab untuk bermusuhan dengan bekas tunangnya kerana apa yang berlaku itu adalah perkara lepas dan masing-masing profesional.

“Alhamdulillah, okay saja. Mungkin sebelum ini tak bertemu sebab masing-masing tak ada di tempat kejadian. Hari ini bertemu, sebab dua-dua ada. Kami pun profesional, boleh saja bertegur. ‘Past is past’.

“Masing-masing pun ada hala tuju sendiri. Bagi saya sendiri tak ada masalah sebab kita dalam satu industri. Saya pun buat apa nak ada masalah dengan dia,” katanya.

Terdahulu, Zara dan Hafreez mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober 2019 namun mengesahkan hubungan mereka berakhir pada November tahun yang sama.