Zara Zya Hadiahkan Kasut Jenama Mewah Kepada Alha Alfa
Oktober lalu, Zara Zya menyambut ulang tahun kelahirannya, namun apa yang menjadi perhatian pelakon itu meraikan harinya bersama usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa.
Nampaknya, kali ini pelakon dan usahawan itu sekali lagi menjadi bualan apabila Zara menghadiahkan kasut jenama mewah Christian Louboutin kepada Alha sempena hari lahirnya pula.
BACA: Sambut Birthday Bersama, Zara Zya & Alha Alfa Bercinta Ke?
View this post on Instagram
Alha turut memuat naik foto menerima hadiah kasut tersebut daripada Zara serta mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu.
Perkongsian Alha itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berteka-teki mengenai hubungan mereka yang disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa.
Malah, ada yang turut meminta Alha dan Zara segera mendirikan rumah tangga kerana mereka dilihat sangat secocok serta mendoakan kedua mereka bertemu jodoh.
Sebelum ini, Zara mengakui mereka sekadar berkawan baik dan sudah mengenali sejak lima tahun lalu. Terdahulu, Zara ada memuat naik video bersama Alha ke rumah orang tua serta meluahkan rasa syukur dapat menyambut ulang tahun kelahirannya di pusat jagaan tersebut.
- SUMBER
- Murai.my
Saje nk attention nk suh org jdkan gosip le tu..tl dlm ht xde nya zara nk ke alha tu n alha tu pun xde le realitinya nk kawin dgn si zara zya ni..da nk sendu so up kan le benda2 camni..
Muka tu kalau tak edit teruk sgt takleh ke
Dah jdi kartun dah