fbpx

Zamarul Hisham Terima Menantu Sulung

Pelakon Zamarul Hisham menerima menantu sulung selepas anak terunanya, Izzat Haiqal selamat bernikah dengan wanita pilihan hati, Dina Zakirsa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zamarul berkongsikan gambar bersama pengantin serta mendoakan kebahagiaan serta menitipkan nasihat buat mereka.

BACA: Dialog ‘Double Meaning’ Zamarul Hisham Untuk Zahirah Buat Netizen Geram

“Tahniah Izzat Haiqal and Dina Zakirsa. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri.

“Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhi la dengan sifat bertolak ansur, saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagian, keharmonian dan kekal till Jannah,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah serta ada yang mengatakan pelakon itu bakal menjadi atuk tidak lama lagi.

Membalas komen tersebut, Zamarul berseloroh mengatakan walaupun bergelar atuk namun tidak menghalangnya untuk terus bermain TikTok.

<span;>