fbpx

Zainal Abidin Bukan Duda, Fyna Jebat Kahwin Suami Orang?

Hangat diperkatakan mengenai Datuk Zainal Abidin Hassan dikatakan berkahwin dengan selebriti wanita muda, segalanya terjawab apabila penyanyi Fyna Jebat mengakui sudah bergelar isteri kepada jurulatih tersebut.

Bagaimanapun, ada yang mempersoalkan status Datuk Zainal Abidin apabila tular di media sosial netizen mendakwa bekas jurulatih bola sepak itu bukanlah berstatus duda.

BACA: Fyna Jebat Mengaku Sudah Bernikah Dengan Zainal Abidin

Memetik Kosmo, Zainal yang dihubungi memberi respon ringkas apabila ditanya mengenai perkahwinannya dengan Fyna serta megnatakan sedang menghadiri mesyuarat.

“Maaf saya tengah meeting (dalam mesyuarat),” kata Zainal.

Sebelum ini menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna mengatakan bahawa Zainal bukanlah seorang duda dan turut menyertakan gambar bekas jurulatih itu bersama isterinya, Datin Zalina.

Semalam, Fyna berkongsikan berita gembira itu selepas melakukan persembahan Famili Duo, Fyna berkata suaminya memberikan sokongan penuh untuknya menyertai program tersebut.