Penyanyi Datuk Zainal Abidin mendedahkan dia mendapatkan rawatan untuk mengembalikan fungsi alat kelaminnya selepas mendapatkan nasihat pakar.
Memetik Harian Metro, penyanyi berusia 64 tahun itu berkata lemah alat kelamin bukan satu penyakit tetapi disebabkan oleh faktor usia.
BACA: Zainalabidin Tak Malu Mengaku Guna ‘Botox’ Demi Jaga Penampilan
“Lemah alat kelamin ini bukanlah satu penyakit, tetapi satu kelemahan yang disebabkan oleh faktor usia. Saya sendiri pun dah menjangkau usia 60 tahun. Jadi, memang patut kalau ia tak berfungsi seperti mana orang muda.
“Tambahan pula, disebabkan kencing manis, darah tinggi, tahap kolesterol dan sebagainya, ia mengganggu kesihatan kelamin saya dan tak berfungsi seperti biasa. Ia beransur-ansur menjadi semakin lemah,” katanya.
Menurutnya, dia menjalani prosedur P-Shot dan makan ubat selepas berjumpa dengan doktor dan sudah melihat kemajuan selepas prosedur berkenaan.
“Tapi, tidaklah ia kembali 100 peratus seperti mana ketika saya berusia 18 tahun. Sekurang-kurangnya, ia menyelamatkan keadaan rumah tangga saya sebelum ia menjadi lebih teruk,” katanya.
Dalam pada itu, Zainal turut menasihati golongan lelaki diluar sana agar tidak segan atau malu jika berdepan masalah kegagalan fungsi alat kelamin sebaliknya mendapat khidmat pakar.
“Sebenarnya, tak perlu segan untuk bersuara mengenainya kerana apabila kita berkongsi, ia memberi peluang kepada mereka yang ada masalah sama seperti pernah saya lalui, untuk berusaha dan memperbaiki masalah itu.
“Kalau disimpan, ia akan mengganggu hubungan dalam rumah tangga dan hubungan suami isteri itu sendiri akan menjadi semakin pudar. Ia akan mendatangkan satu perjalanan hidup yang negatif,” katanya.