fbpx

Zahirah MacWilson Nafi Putus Cinta Dengan Zul Ariffin

Pelakon cantik, Zahirah MacWilson menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan bahawa hubungannya bersama pelakon kacak, Zul Ariffin sudah berakhir. Malah buat masa sekarang hubungan mereka masih berlangsung dengan baik tanpa ada sebarang masalah yang timbul.

BACA: Ustazah Punca Keretakan Rumah Tangga Ibu Zahirah MacWilson

“Bukan seorang dua yang tanya tapi sudah banyak kali ditanya, kami masih bersama sebenarnya, tidak ada masalah. Orang buat andaian begitu mungkin kerana kami tidak bercerita sangat perihal hubungan kami. Bagi saya tidak perlu ditunjukkan kepada orang luar, karier adalah fokus utama”

“Dalam masa yang sama juga saya dan Zul sendiri memang sibuk dengan urusan masing-masing. Jadi, lebih senang begini sebenarnya. Saya rasa perlu matang dalam hal ini, tidak mahu rasanya untuk saya sendiri bersikap terlalu menunjuk, Kami ada kerjaya masing-masing yang perlu diutamakan,” jelasnya kepada Utusan Online.

Bercakap mengenai penceraian yang berlaku diantara ibu bapanya baru-baru ini, Zahirah berkata, dalam hal ini tiada sebab untuk dirinya berasa trauma dalam soal perkahwinan. Ini kerana apa yang berlaku lebih memberi pengajaran kepadanya dan sebagai manusia anggaplah ia sebagai ketentuan Tuhan. (rkty/w)