Agak sukar untuk di’hubungi terus menerusi telefon bimbit namun Zahida Rafik selesa untuk memberikan kenyataan balas beliau melalui akaun Twitter rasmi untuk tempoh 24 jam yang lepas untuk tatapan masyarakat umum. Hmm.

Dua hari lalu, kecoh satu Malaysia berkaitan skandal seorang ahli politik bertaraf menteri yang di’katakan membayar sejumlah RM1.5 juta kepada seorang aktress popular untuk merahsiakan hubungan sulit mereka berdua.


Dan, tidak lama untuk para peminat hiburan Malaysia untuk meletakkan nama Zahida Rafik sebagai aktress popular yang di’maksudkan ekoran pendedahan itu di’lakukan oleh bekas pemandu peribadi beliau sendiri.

Zahida Rafik melalui Twitter mengatakan yang beliau percaya bekas pemandu peribadi itu sengaja mencipta fitnah untuk mendapatkan duit segera daripada pihak tertentu & sudah menyerahkan perkara ini kepada peguam.

Menjawab pertanyaan beberapa orang awam melalui Twitter berkaitan bayaran minima RM100,000 yang beliau terima setiap kali bertemu menteri tersebut, Zahida Rafik berkata beliau berharap perkara itu benar & tegaskan yang beliau bekerja keras untuk apa yang ada sekarang ini.