Umum mengetahui sebelum ini pasangan Yusry KRU dan Lisa Surihani sangat menjaga privasi anak-anak mereka, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. Ramai juga terkejut apabila terdapat program memaparkan kisah mereka bersama sekeluarga hingga ada yang mendakwa mereka ‘menjual’ anak.
“Jadi tidak timbul isu kami ‘menjual’ anak untuk mendapat imbuhan cuma niat sekadar mahu berkongsi kegembiraan dan kasih sayang sebagai ibu bapa”
“Lagipun program ini tidak menggunakan nama anak kami sebagai tajuk. Lebih kepada sebuah program realiti keluarga berbentuk ilmiah. Sebab itu kami bersetuju terlibat menjayakannya dari musim pertama hinggalah yang kedua,” katanya kepada Utusan Online mengenai perkara itu.
Seperti sedia maklum, sebelum ini memang jarang pasangan ini berkongsikan perihal anak-anak mereka di laman sosial. Namun jelas Yusry, program yang berteraskan edutaimen itu menceritakan pengalaman mereka sebagai ibu bapa, jadi penampilan Yahairan dan Yusof adalah perkara normal.
Apapun mungkin Yusry dan Lisa sudah terbuka untuk berkongsikan perkembangan pembesaran anak-anak mereka kepada umum. Lagi pula, kalau peminat suka apa salahnya bukan. Sekarang juga sudah menjadi trend para selebriti membuat akaun Instagram untuk anak-anak. (rtky/w)