Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata dia tidak mahu mencampuri urusan peribadi anaknya, Syamsul Yusof yang sudah sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar semalam.
Memetik Harian Metro, Yusof berkata dia sudah penat dan enggan memberikan kenyataan mengenai perceraian anaknya itu.
BACA: “Mengalir Air Mata Melihat Anakku Mengharungi Takdir Hidup Seorang Diri” – Datin Patimah
“Saya tidak mahu ulas mengenai Sol (panggilan Syamsul) lagi. Itu urusan dia, biar dia yang selesaikan. Maaf ye, saya sudah penat,” katanya.
Semalam, Syamsul dan Ira sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.
Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
SUMBER: Harian Metro