fbpx

Yuna Dikatakan Tak Waras Selepas Tolak Kerjasama Jenama Antarabangsa

Penyanyi terkenal, Yuna berkongsikan dia pernah dianggap tidak waras apabila mengambil keputusan untuk menolak kerjasama dengan jenama terkemuka pada hujung tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Yuna berkata ada yang mengatakan keputusannya itu tidak bagus untuk kariernya namun dia tetap dengan pendiriannya.

BACA: Peminat Puji Penampilan Unik Yuna Di NYFW

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

“Saya pernah memberitahu rakan-rakan di Los Angeles dan Kuala Lumpur, saya membuat keputusan untuk berhenti bekerja dengan jenama Z pada November 2023

“Rakan-rakan kata saya gila dan ia tak bagus untuk saya, ada di antara mereka malah menukar topik apabila saya beritahu melihat gambar menyayat hati di G4za,” katanya.

Menurut Yuna lagi, walaupun mungkin sukar namun semua pihak perlu bersatu hati untuk menunjukkan solidariti. Dedahnya lagi, dia pernah diancam apabila ada lelaki mengambil gambarnya memakai rantai tembikai untuk menakutkannya.

“Sebagai manusia, saya tahu saya tak sempurna, kami tak sempurna. Anda tidak fikirkan di sana ada orang yang kehilangan pekerjaan, kehilangan biasiswa, shadowbanned, dan diganggu kerana menentang jen 0 cyde?

“Beberapa lelaki mengambil foto saya memakai rantai ? untuk menakutkan saya. Tetapi anda tak tahu apa yang kanak-kanak di G4za tidak hidup setiap hari,” katanya.

Perkongsian Yuna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap dan pendirian penyanyi yang dianggap berani.