fbpx

YouTuber Syukur Isteri Hamil Lepas 7 Hari Kahwin

Pempengaruh yang juga YouTuber, Isa Isarb meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang baru dinikahi pada minggu lalu bunting pelamin dan kini hamil anak sulung mereka.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Isa di Instagram miliknya semalam. Isa dilihat tersenyum gembira sambil menunjukkan kit ujian kehamilan isterinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Isa Isarb (@isaisarb)

“Alhamdulillah, tujuh hari. Ish, powerfulnya Isa ni! Alhamdulillah. Isteri saya beri ini (kit ujian kehamilan), sekarang ni dia pergi beli barang, makanya dia tiada di sini. Tapi, alhamdulillah,”katanya.

Sementara itu, Isa turut menulis kapsyen berbunyi, “Jackpot dalam 7 hari, Allah sayang kami,” tulisnya.

Perkongsian Isa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira dengan berita tersebut serta mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru itu.