Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman berkongsikan dia dalam proses menerbitkan buku autobiografi.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Yasin berkata dia kini dalam proses memilih gambar yang akan masukkan alam buku berkenaan.
BACA: Yasin Sulaiman Dibenarkan Pulang Selepas 4 Tahun Di Hospital Bahagia

Dalam hantaran itu, Yasin turut memuat naik gambar memaparkan dirinya bersama maestro muzik tanah air, Datuk M Nasir yang akan turut dimasukkan dalam bukunya.
“Saya dalam proses menerbitkan sebuah buku autobiography 400 muka surat. Sekarang tengah pilih gambar yang akan dimuatkan di dalam buku tersebut. Gambar ini pasti lah di antara photos yang akan diselitkan,” tulisnya.
Sementara itu, dalam hantaran terdahulu Yasin ada memuat naik gambar berada di studio dengan kapsyen ringkas.
“Semoga aku dapat membina sebuah syurga bersamanya kini dan selamanya,” tulisnya.
Minggu lalu, Yasin dibenarkan keluar dari Hospital Bahagia selepas hampir empat tahun mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.