fbpx

Yana Samsudin Buat Duit Main Game Online

Siapa sangka dengan bermaian permainan video boleh menjana pendapatan. Baru-baru ini tular mengenai seorang suri rumah yang menjana pendapatan mencecah RM18,000 hanya dengan bermain permainan game online PUBG.

Nampaknya, Yana Samsudin turut aktif sebagai penstrim permainan video di laman Facebook sejak Ogos lalu. Menurut Yana, dia akan menghabiskan masa tiga hingga enam jam sehari bermain permainan itu dan suaminya, Fadzil Zahari tidak menghalang minatnya.

BACA: Yana Samsudin Dihentam Persoal Status Rihana Oksana

“Saya sudah mula aktiviti ini sejak Ogos tahun lalu. Kebiasaannya, saya menghabiskan masa kira-kira tiga hingg enam jam sehari. Tapi, ia bergantung kepada individu.

“Alhamdulillah, suami juga faham dengan minat saya. Dia tidak pernah menghalang saya untuk melakukan penstriman permainan video. Cuma, dia pelik bagaimana saya boleh bertahan selama berjam lamanya,” katanya kepada Harian Metro.

Yana berkata dia bukan hanya bermain permainan video tetapi turut menjana perndapatan melaluinya. Bagaimanapun, Yana enggan mendedahkan berapa bayaran yang diterimanya. Yana berkata setakat ini sudah menghabiskan hampir RM7,000 untuk komputer dan beberapa keperluan lain.

“Secara tidak langsung, ada pendapatan yang dibayar oleh pihak Facebook Games kepada penstrim. Saya tidak boleh dedahkan berapa bayaran yang diterima, tapi pendapatan bergantung kepada individu.

“Saya mengeluarkan wang hampir RM7,000. Tapi, saya dapat rezeki lebih apabila ada pihak yang sudi menaja meja, kerusi dan beberapa peralatan yang harganya saya anggarkan mencecah RM20,000,” katanya.