Pelakon Fasha Sandha berkongsikan di Insta Story ada yang bertanyakan kepadanya sama ada dia tidak pening ke kerana selalu bersama ramai kanak-kanak. 

Menjawab pertanyaan berkenaan, Fasha berkata kanak-kanak tidak memeningkan sebaliknya mereka adalah kegembiraan buat dirinya kerana apa yang memeningkan dirinya dalah individu yang talam dua muka.

BACA: “Saya Banyak Kelemahan, Kekurangan” – Fasha Sandha Jawab Isu Peluk Adik Ipar

Sementara itu, Fasha turut meluahkan rasa sayang terhadap kanak-kanak itu meskipun mungkin apabila mereka dewasa kelak sudah melupakannya.

“Ramai tanya tak pening ke selalu dengan ramai budak-budak. Budak-budak sebenarnya tidak memeningkan, mereka adalah kegembiraan saya. Yang memeningkan adalah orang yang fake, fake friends dan drama.

“Saya sayangkan mereka sampai bila-bila. Tidak kisahlah mereka bila dah besar mungkin tak ingat saya, tidak mengapa. Yang penting apabila mereka terdetik rasa gembira di hati, itu adalah nikmat kegembiraan saya,” katanya.

×