Fazura Beri Kata Semangat Untuk Wanita Baru Saja Bercerai

Komen pelakon dan penyayi Fazura pada satu hantaran seorang wanita yang baru saja bercerai menjadi perhatian ramai.

Menerusi hantaran di Thread, wanita tersebut memberitahu dia baru saja bercerai secara baik dan tiada rasa selepas berpisah sebaliknya rasa lega.

BACA: “Yang Gila Tu Saya, Bukan Fazura”

Sementara itu, wanita itu juga turut berharap agar dapat menjadi wanita dan ibu tunggal yang kuat seperti Fazura.

Membalas hantaran netizen itu, Fazura turut memberikan kata-kata semangat wanita itu akan kuat dengan izin dan bantuan Allah.

Kata Fazura lagi, jika sudah rasa kosong petanda bahawa sememangnya sudah nekad dengan keputusan berkenaan serta berharap wanita itu dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan.

SUMBER: Astro Gempak

×