Hannah Delisha Dipuji Jaga Aurat, Pakai Stokin

Perkongsian pelakon jelita Hannah Delisha menjadi perhatian ramai apabila melakukan trend di TikTok Kim Seon-Ho Smile.

Video yang dikongsikan Hannah itu mendapat lebih 3 juta tontonan dan 300,000 tanda suka selepas ianya dimuat naik empat hari lalu.

BACA: Belum Dikurniakan Zuriat, Hannah Delisha Reda Dengan Ketentuan Allah

@hannahdelishaofficial

Pov: caught you staring at me ?? #kimseonhosmilechallenge

? original sound – Hans – ??? Hans

Diruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan kecantikan aktres itu, malah ada yang cair melihat senyuman Hannah Delisha.

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen menyifatkan Hannah tetap cantik meskipun berpakaian santai sahaja serta ada yang memuji pelakon itu menjaga aurat apabila dilihat mengenakan stokin.

×