Mas Idayu Dah Bercerai?

Memetik Utusan menerusi slot Cik Bunga melaporkan khabarnya ada yang mendakwa penyanyi Mas Idayu sudah tidak lagi hidup bersama dengan suaminya, penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa. 

Memetik laporan itu, Cik Bunga berharap ianya hanya khabar angin sahaja memandangkan pasangan itu dilihat serasi sejak berkahwin.

BACA: Mas Idayu Terkejut Aman Graseka Minta Bantuan

Tambahnya lagi, Mas Idayu juga dilihat ‘happy’ sahaja bila berada di samping suami dan tidak pernah dengar pula rumah tangga mereka berantakan, baik isu dalaman mahupun isu orang ketiga.

Bagaimanapun, Cik Bunga berkata jika benar perceraian ini terjadi, tentu ada sebabnya dan mana hanya mereka berdua sahaja tahu. 

Sementara itu, Cik Buga berkata dia tidak pasti sejak bila mereka berdua kononnya berpisah serta berhaap perkara itu tidak benar. 

Terdahulu Mas Idayu bernikah kali kedua dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada 16 September 2022.

SUMBER: Utusan

×