fbpx

Mas Idayu Terkejut Aman Graseka Minta Bantuan

Penyanyi Mas Idayu mengakui terkejut apabila mendapat perkhabaran bekas suaminya, Aman Graseka kini berdepan kesempitan hidup.

Memetik mStar Online, Mas Idayu berkata Aman sepatutnya menghubungi anak mereka, Nur Dayini yang kini sudah bekerja dan tidak salah untuk meminta bantuan darpada anak.

BACA: Ellie Suriaty Dedah Isteri Tak Bagi Aman Graseka Berlakon

“Kalau dia nak minta tolong, kenapa tak cari anak dia? Anak kami sudah bekerja tapi sebab dia yang putuskan hubungan, dia yang malu sendiri. Dia juga boleh minta tolong dengan keluarga, adik-beradik dia. Kalau betullah dia susah,” katanya.

Dalam pada itu, Mas Idayu berkata sebelum ini anaknya sukar untuk menghubungi Aman kerana telefon pelakon itu dikawal oleh isternya, Nurul Amrina, malah nombor telefon serta media sosial anaknya turut disekat.

“Nombor telefon Aman saya ada tapi anak dia sendiri tak dapat hubunginya kena block. Kami tak yakin yang sekat nombor telefon itu adalah Aman.

“Sebelum dia kahwin, dia masih bawa anak keluar bersama dengan perempuan (isteri Aman) itu, tapi lepas kahwin dia terus putuskan hubungan dengan anak macam itu je. Saya tahu dia sayang anak dia. Dia ada seorang saja anak perempuan,” katanya.

Menurut Mas lagi, dia mengenali bekas suaminya itu bukan seorang yang suka meminta-minta dan sebelum ini jika anaknya menghubungi Aman isterinya yang akan menjawabnya.

“Aman yang saya kenal tak peduli dengan media sosial. Dia ni tak tahu apa-apa. Tapi kalau tanya pada saya, saya kenal Aman tu bukan seorang yang meminta-minta. Saya tak yakin Aman meminta, saya kenal dia. Kalau dulu anak dia telefon pun isteri yang angkat, bermakna siapa yang kawal telefon dia?” katanya.

Tambah Mas lagi, dia turut meminta bekas suaminya itu muhasabah diri serta mengenang kembali kesilapan dilakukan dahulu dan mendoakan Aman selama di dunia dan akhirat.

“Saya cuma berbalik kepada hukum agama. Kalau nak hidup senang selain daripada memuliakan isteri tak kisahlah pada perkahwinan pertama atau kedua, dia kena tanggungjawab tentang nafkah anak,” katanya.