Perkongsian pelakon Nazim Othman menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan dia menjalani rawatan wajah di sebuah klinik estetik.
Menerusi video itu, Dr Teo yang merupakan seorang pakar klinik tersebut memaklumkan Nazim mengadu kepadanya bahawa ada garisan dibawah mata.
BACA: Nazim Othman Enggan Kahwin Lagi, Sanggup ‘Single’ Dari Lukai Hati Wanita
@nazoth I got my “facelift” at @Vogue Clinic .
“Nazim mengadu dia nampak garisan bawah mata ketika berada di set penggambaran. Ia buatkan dia rasa tertekan, murung dan mahu perbaiki bahagian tersebut
“Saya mencadangkan rawatan ‘baby face therapy’ yang berfungsi seperti face lifting tapi tanpa pembedahan. Kita pakai filler untuk naikkan muka dan meremajakan muka awet muda,” katanya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang menyokong Nazim menjalani rawatan tersebut untuk menjaga penampilan sebagai aktor.
Dalam pada itu, ada yang memberikan pesanan supaya tidak berlebih-lebihan kerana aktor tersebut sememangnya sudah cukup kacak dan tidak kelihatan tua.
SUMBER: Astro Gempak