Baru saja melangsungkan perkahwinan beberapa hari lalu, pelakon Indonesia Luna Maya berkongsikan momen lucu berkenaan hubungan cintanya dengan suami, Maxime Bouttier.
Menerusi perkongsian di YouTube, Luna membuat pendedahan mengenai momen pertamanya membuang angin atau kentut di hadapan Maxime.
BACA: Luna Maya Sah Bergelar Isteri Maxime Bouttier
Menurut Luna, selepas beberapa bulan mereka bercinta barulah dia berani untuk mendedahkan tabiat buruknya di hadapan Maxime yang merupakan kekasihnya ketika itu.
“Semasa kami mula bercinta, selepas beberapa bulan, saya kentut buat pertama kali di hadapannya. Saya memang banyak gas dalam badan. Jadi saya sudah tak peduli. Cepat atau lambat nanti dia tahu juga,” katanya.
Sementara itu, Maxime berkata pada awalnya dia terkejut serta tertanya-tanya adakah bunyi yang didengar adalah kentut dan momen itu terjadi pada bulan pertama mereka bercinta.
“Saya rasa ianya berlaku bulan pertama kami bercinta. Saya seperti, “Adakah seorang Luna Maya baru saja kentut di sebelah saya?” katanya.
Terdahulu, Luna Maya dan Maxime sah bergelar suami isteri 7 Mei lalu selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta.