Pelakon Farisha Irwayu memaklumkan bahawa dia dan suaminya, pendakwah Datuk Tuan Asmawi Umar sah bercerai talak satu pada Selasa lalu selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik mStar Online, bagaimanapun bekas suaminya, Asmawi mendedahkan kebahagian rumah tangga mereka hanya dikecapi setahun sahaja dan dia tidak dilayan sebagai seorang suami.

“Saya tidur di hall (ruang tamu). Saya tidak dilayan dengan baik sebagai seorang suami,” katanya.

Kata Asmawi yang juga pengasas program Imam Muda itu berkata sudah hampir enam tahun mereka sudah berpisah bilik kerana isterinya enggan tidur bersama serta sering mengunci pintu bilik dengan alasan geli.

“Setiap kali balik rumah dia kunci pintu biliknya kerana tidak benarkan saya masuk,” katanya.

Sementara itu, Ismawi berkata segala urusan seperti makan, minum dan pakaian perlu diuruskan sendiri. Katanya, selama ini dia bersabar bukan kerana sayang tapi kesihan namun akhirnya Farisha sendiri menuntut cerai secara ‘fast track’.

“Mana suami dalam dunia ni tahan kalau layanan isteri macam tu? Nak pergi kerja pun, saya gosok baju sendiri. Makan minum pun tak disiapkan. Tapi saya bersabar dan tak mahu ceraikan dia sebab kasihan, bukan sebab sayang.

“Akhirnya dia sendiri yang minta cerai ‘fast track’. Semua berkaitan cerai, dia yang uruskan. Saya ni ustaz, takkan saya senang-senang nak ceraikan isteri,” katanya.

Dalam pada itu, Asmawi berkata dia terkejut apabila bekas isterinya itu melanggar janji kerana sebelum ini meminta agar kisah perceraian mereka tidak dihebohkan kepada pihak media.

Malah, Farisha mendedahkan perkara itu di media sosial serta menuduh isteri barunya sebagai penyondol. Katanya, dia sudah menasihati Farisha untuk memadam hantaran berkenaan rumah tangga mereka namun dia terpaksa dedahkan hal sebenar agar tiada pihak salah faham.

“Tak baik panggil orang penyondol. Kalau nak ikut, dia (bekas isteri) pun penyondol juga sebab masa kami berkahwin saya masih lagi ada isteri. 

“Saya pun tak nak cerita aib rumah tangga tapi sebab dia mulakan dulu dan mungkir janji saya terpaksa dedahkan hal sebenar,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×