Pembantu rumah kepada pelakon, Datin Intan Najuwa yang dikenali sebagai Irma Windya meluahkan rasa syukur mempunyai majikan yang baik.
Menerusi perkongsian di TikTok, sepanjang empat bulan bekerja dengan Intan, Irma berkata aktres itu sering membelanjanya makan mewah serta membelikan baju raya yang baik untuk mereka semua.
BACA: Intan Najuwa Borong 5 Troli Barang Dapur, Rumah Ramai Orang
“Datin selalu belanja makan yang saya tak tahu bila boleh beli. Datin belanja baju raya cantik, tidur di hotel yang saya pun tak mampu,” tulisnya.
Sementara itu, Irma turut menzahirkan rasa syukur diatas rezeki yang diberikan serta berkongsikan Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf melayan mereka seperti keluarga.
“Alhamdulilah empat bulan kerja di rumah Datin Intan Najuwa, banyak rezeki yang saya rasakan. Datin dan Datuk anggap semua pekerja dah macam keluarga,” katanya.