Dalam memastikan rakyat hidup harmoni dan selesa, kerajaan tidak mengenepikan penduduk B40 termasuk golongan yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR).
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Melalui Belanjawan 2023, pelbagai keperluan telah diambil kira dan kerajaan kini giat memberikan bantuan kepada kumpulan sasar yang sepatutnya menerima manfaat.
PPR adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk golongan berpendapatan bawah kategori B40 memiliki rumah seterusnya membasmi kawasan setinggan di seluruh negara.
Bukan hanya menyediakan tempat tinggal yang mampu milik untuk golongan B40, Kerajaan juga mengambil berat isu penyelenggaraan yang harus diberi tumpuan bagi memastikan kesenangan penduduk.
Sebagai contoh, usaha penyelenggaraan Lif PPR turut dibentangkan dalam Belanjawan 2023 dan ia mendapat sambutan hebat dari penduduk PPR.
Kerja naik taraf lif PPR ini akan dijalankan secara berperingkat dan inisiatif ini merangkumi semua perumahan PPR yang ada di negara ini.
Buat anak muda di PPR, senyuman akan sentiasa terukir apabila kerajaan berjaya memberi akses Internet percuma di 56 PPR terpilih. Jadi tiada lagi masalah kurang akses Internet bila inisiatif ini mula diberikan.
Projek gentrifikasi tertumpu tempatan juga turut diwujudkan untuk meningkatkan potensi aset sejarah dan budaya oleh ThinkCity dan meningkatkan kebolehdiaman perumahan awam di Kuala Lumpur (RM30 juta).
Menarik semua inisiatif kerajaan ini! Sedikit sebanyak boleh membuatkan penduduk senyum lebar dan merasai ‘buah tangan’ kerajaan.
Tidak berhenti di situ, kerajaan juga memandang serius isu Kampung Baru Cina, di mana ada yang boleh dikatakan kawasan tersebut seumpama kawasan setinggan.
Namun, inisiatif menaik taraf dan penyelenggaraan Kampung Baru Cina akan dijalankan memandangkan Kerajaan bercadang menjadikan Kampung Baru Cina yang berpotensi sebagai destinasi pelancongan melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan bagi menjana pendapatan untuk penduduk kampung.
Untuk mengetahui mengenai inisiatif lain dalam Belanjawan 2023 yang boleh dimanfaatkan rakyat, layari laman rasmi ini.