Will Smith Dedah Baca Al-Quran Sepanjang Ramadan

Pelakon Hollywood Will Smith membuat pendedahan bahawa dia membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun lepas.

Perkara itu dikongsikan oleh Will Smith dalam satu sesi podcast bersama wartawan Mesir, Amr Adeeb baru-baru ini.

Menerusi podcast tersebut, pelakon itu mengatakan dirinya terkejut kerana kitab Taurat, Zabur dan Injil bersambung hingga ke Al-Quran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MBC Masr (@mbcmasrtv)

“Saya sangat suka kesederhanaannya, al-Quran begitu jelas, ia amat jelas. Sukar untuk terjadi salah faham.

“Saya terkejut bagaimana ia seperti satu kisah, dari Torah melalui Bible dan ke al-Quran. Saya tidak pernah sepenuhnya memahami Abraham sebagai bapa dan kemudian perpecahan dengan Isaac dan Ishmael dan amat indah untuk memahami itu dengan lebih baik,” katanya.

Menurutnya lagi, dia pernah berdepan fasa sukar dalam hidup beberapa tahun lalu dan perkara itu mendorongnya untuk mencari ketenangan dengan membaca kitab dari pelbagai agama.