Baru-baru ini, video dimuat naik pelakon Wawa Zainal bersama anak perempuannya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa menjadi perhatian ramai.
Apa yang menjadi bualan apabila gaya tudung yang dipakai pelakon itu dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya sebagai wanita berhijab dan menampakkan bahagian leher dan telinganya.
BACA: Wawa Zainal Ditegur Pakai Tudung Nampak Leher, Telinga
Memetik mStar Online, Wawa menjelaskan video tersebut dirakam tanpa dirancang dan auratnya terdedah tanpa sengaja.
“Itu video malas-malas sahaja sebenarnya. Saya dengan Aeril main arah sahaja. Sebab sekarang ini semuanya kita serahkan kepada pekerja kita. Idea asal memang dari kita tapi untuk merealisasikan adalah pekerja,” katanya.
Dalam pada itu, Wawa berkata dia terbuka menerima teguran netizen serta akan memperbaiki ke arah yang lebih baik.
Sementara itu, suaminya iaitu Aeril Zafrel mempertahankan isterinya dengan menyangkal dakwaan netizen kononnya Wawa sudah berubah.
“Dia tak perasan waktu menari itu ada nampak telinga. Dia bukan berubah tapi tak perasan,” katanya.