Wawa Zainal Sedih Kak Batik Hayla Dihina Tak Sedap

Pelakon Wawa Zainal meluahkan rasa sebak apabila anaknya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa menangis selepas kek batik jualannya dikritik di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Wawa berkata tular video di TikTok ada yang mengkritik kek batik jualan anaknya itu dan dia terpaksa berhubung dengan individu berkenaan untuk memadam video tersebut.

BACA: Wawa Zainal Risau Anak Terkena Penyakit Ain Sebab Jual Kek Batik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

“Hari ini tular kat TikTok ada orang buat video rate kek batik Hayla dan komen beribu kecam Hayla.

“Mama strong tapi bila tengok Hayla menangis mama tak kuat. Mama sanggup tebalkan muka mesej orang itu untuk padam video. Mama tak senggup tengok anak mama kena hina,” tulisnya.

Dalam video dikongsikan, Wawa turut memujuk anaknya supaya tidak menangis serta mengatakan bahawa dia dan suaminya Aeril Zafrel bangga dengan Hayla.

Perkongsian Wawa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berkata jika makanan dibeli tidak sedap tidak perlu kutuk sebaliknya b eri maklum balas secara terus kepada penjual.

×