fbpx

Wawa Zainal Nafi Ditaja VIP Berstatus Bekas Wakil Rakyat

Rasanya bukan pertama kali kita dengar tentang aktress baru yang sedang popular ini di’kaitkan dengan golongan VIP. Maklumlah, pucuk muda dalam dunia hiburan katakan.

Dalam laporan Harian Metro hari ini, Wawa Zainal sekali lagi menafikan gossip yang mengatakan dirinya kini ditaja oleh seorang individu VIP berstatus bekas wakil rakyat.

“Saya sendiri pun pelik bagaimana cerita itu boleh timbul kerana ia tidak berlaku sama sekali. Saya bukannya jenis yang keluar bersosial atau dilihat berada di mana-mana lokasi dengan lelaki lain”

“Hakikatnya, jika tiada penggambaran atau komitmen seni, saya akan berada di rumah dengan keluarga sendiri. Apapun, gosip itu tidak berasas dan tidak patut dilayan,” ujar Wawa Zainal.

Namun, Artis Baru Wanita Paling Popular ABPBH 2012 ini tidak menolak yang beliau sebelum ini pernah di’tawarkan kemewahan oleh golongan VIP yang ingin mendekati dirinya.

“Saya bukan jenis perempuan begitu. Saya tidak suka menggunakan duit orang lain, tetapi lebih senang berbelanja dengan hasil titik peluh sendiri,” tambahnya lagi.