Baru-baru ini, pelakon Aeril Zafrel berkongsikan tip kejayaan yang diamalkan sepanjang 10 tahun bersama isteri tercinta, pelakon Wawa Zainal.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menerusi entri tersebut, Aeril berkata pelbagai dugaan mereka lalui sepanjang mendirikan rumah tangga serta mengakui mereka bukanlah pasngan yang sempurna.
BACA: Kerap Menangis Sejak Lahir, Wawa & Aeril Tukar Nama Anak Bongsu
Kata Aeril lagi, banyak lagi yang mereka perlu pelajari meskipun sudah 1 dekad hidup bersama dan baginya saling melengkapi itu lebih baik dari mencari kesempurnaan.
Dalam pada itu, apa yang lebih menjadi perhatian Aeril berkata selama ini isterinya yang uruskan semua duit perniagaan dan sehingga ke hari ini dia tidak tahu untuk ‘transfer’ duit syarikat.
Kata Aeril lagi, dia menyerahkan perihal penting kepada isterinya kerana dia percaya wanita mampu menguruskan kewangan dengan baik.