Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsikan suaminya menambah duit nafkah meskipun dia tidak pernah mengadu jumlah diterima tidak mencukupi.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Watie berkongsikan suaminya membuat pindahan wang nafkah kepadanya serta memaparkan dia teruja apabila menerima jumlah berkenaan.
BACA: Watie Mengaku 6 Kali Buat Pembedahan Hidung
“Alhamdulillah sejak kes Fattzura, suami up duit nafkah. Walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup, tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam,”tulisnya.
Sementara itu, Watie turut menitipkan pesanan kepada suami isteri diluar sana untuk sama-sama bertolak ansur serta menjadikan kisah orang lain sebagai pengajaran untuk melayari bahtera rumah tangga harmoni.
“Sebenarnya suami isteri jadikan lah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran untuk kita suami isteri sama-sama bertolak ansur dan memahami anatara satu sama lain.
“Sebab kehidupan rumah tangga ni untuk kita lalui bersama, nikmati bersama, suka duka bersama, susah senang sehingga ke nafas terakhir bersama,” tulisnya.
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu nafkah antara punca aktres, Nur Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin.