fbpx

Watie Bingkai Duit Raya RM5,000 Dari Suami, Nak Jadikan Khazanah

Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie berkata dia mahu membingkaikan duit raya pertama diterima daripada suami tercinta sempena hari raya tahun ini. 

Menerusi perkongsian di Instagram, watie berkata dia tidak akan menggunakan duit berkenaan sampai bila-bila kerana ianya adalah duit raya pertama dari suaminya dan mahu jadikan sebagai khazanah.

BACA: Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie Akui Cemburu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

“Dapat duit raya daripada Daddy. Duit raya daripada suami ini saya akan jadikan khazanah. Saya tak akan guna, saya akan simpan sampai bila-bila. Ini adalah duit raya pertama saya bersama suami tercinta.

“Saya akan bingkaikan duit raya pertama dari suami tercinta. Percayalah duit yang suami beri walaupun sedikit atau banyak takkan sama dengan duit yang kita ada,” katanya.

Dalam video dikongsikan, Watie teruja membuka lima keping sampul mengandungi sebanyak RM1,000 setiap satu.

Sementara itu, Watie turut mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar suaminya dimurahkan rezeki.

SUMBER: mStar Online