fbpx

Wartawan Dedah Aliff Aziz Mangaku Masih Sayang Bella Dalam Mahkamah

Menerusi mesej perbualan yang tular awal pagi tadi, ada memaparkan Aliff Aziz mendakwa pihak media memutar belit kenyataan serta menuduh bodoh. 

Ia berikutan Ruahinies bertanyakan Aliff mengenai laporan media mengatakan aktor itu masih sayangkan isterinya, Bella Astillah dan tidak bersetuju untuk bercerai.

BACA: Sarah Yasmine Dakwa Caprice Turut Terbabit, Nasihat Aliff Aziz Jangan Cerai

Susulan pendedahan itu, seorang wartawan yang hadir pada prosiding tersebut tampil bersuara menempelak kedua-duanya.

Menurut wartawan berkenaan, Aliff mungkin tidak mengaku di hadapan wartawan masih sayangkan isteirnya namun membuat pengakuan di hadapan hakim ketika di dalam prosiding mahkamah.