fbpx

Susulan kontroversi terpalit pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, pelakon Lana Nodin berkata wanita sekarang seolah hilang rasa malu apabila ada yang mengaku menjalin hubungan dengan suami orang.

Menerusi komen ditinggalkan di Instagram mengenai artikel wanita mengaku dirinya kekasih Aliff, Lana berkata pengorbanan dilakukan wanita berkenaan tidak berbaloi.

BACA: Kongsi Video Cium Pipi, Wanita Dakwa Kekasih Aliff Aziz Sejak Januari 2024

“Women these day getting too cheap, mengaku girlfriend walaupun dah kena tangkap dengan perempuan lain. Walhal, ada bini lagi itu.

“Aku dulu pun seksi bagai juga tapi tak adalah sampai maruah diri pun nak kena korbankan pasal jantan macam ini. So not worth it,” tulisnya.

Dalam pada itu, Lana turut menasihati wanita di luar sana supaya lebih berhati-hatu memilih pasangan hidup mahupun bakal suami.

“Wake up lah ‘girls’, banyak lagi lelaki elok untuk dijadikan suami atau pasangan hidup. Aku tengah sakit dekat hospital pun terkesan tengok kenyataan macam ini,” tulisnya.