Pelakon Namron menitipkan nasihat kepada wanita untuk memilih lelaki yang menyayangi barang miliknya sebagai calon suami.

Menerusi hantaran di Threads, Namron berkata lelaki yang sayang barang miliknya disifatkan seorang yang setia dalam perhubungan.

BACA: “Kita Kehilangan Penghibur Yang Penuh Kasih Sayang, Kehilangan Tiada Pengganti”

Katanya lagi, lelaki yang sayang barang miliknya akan ‘baiki’ apabila keretanya rosak dan tidak pernah menukar kereta lain dalam erti kata lain tidak mudah mencari pengganti.

“Nasihat saya kepada wanita yang ingin mencari pasangan hidup. Pilihlah lelaki yang sayang barang miliknya.

“Contoh kereta; dia beli kereta, dia guna kereta tu aje. Dia jaga elok elok kalau rosak dia hantar bengkel, baiki. Dia tak pernah nak tukar kereta lain. Ini lelaki yang harus dicari.

“Jangan cari lelaki yang baru pakai kereta 3-4 tahun belum habis bayar dah nak tukar kereta. Rosak sikit je dah nak trade in nak angkat kereta baru,” katanya.

Bagaimanapun, Namron turut mengingatkan jika lelaki sayangkan kereta pertamanya, ada kemungkinan tambah kereta lain apabila mempunyai duit yang banyak namun masih menyimpan kereta pertama. 

×