fbpx

Wan Raja Beritahu Isteri Jika Perlu Lakon Babak Romantik

Pelakon Wan Raja berkata isterinya iaitu Yaya Maembong tidak ada masalah apabila dia digandingkan dengan aktres Fasha Sandha.

Memetik Astro Gempak, Wan Raja berkata dia sudah beberapa kali bekerjasama dengan aktres itu serta ada keserasian dan rapat namun tiada isu sondol menyondol.

BACA: Babak Dukung, Duduk Atas Paha, Fasha Sandha & Wan Raja Dikecam

“Isteri saya pun okay saja saya berlakon dengan Fasha, dia tak ada masalah. Sama juga dengan Aidil kalau Fasha berlakon dengan saya pun, dia okay.

“Di luar sert pun saya pernah berjumpa dengan Fasha dan Aidil, isteri saya pun ada sekali jadi kami dah memang saling mengenali,” katanya.

Sementa itu, Wan Raja berkata dia bukan jenis pelakon yang bina chemistry di luar set penggambaran dan akan sentiasa memberitahu isterinya terlebih dahulu jika ada babak romantik.

“Saya bukanlah kena minta kebenaran isteri dahulu, Saya juga tidak memilih tapi bila baca skrip dan banyak babak romantik saya akan kongsi dengan isteri.

“Saya jenis straight to the point semasa kerja apa yang saya perlu buat, saya akan buat,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak