Pelakon Fasha Sandha berpendapat dalam sebuah perkahwinan mencari pasangan hidup yang sekufu bukan menjadi keutamaan.
Memetik Harian Metro, Fasha berkata pasangan yang mempunyai status atau harta bukan penentu kebahagiaan rumah tangga tetapi yang penting hubungan suami isteri yang harmoni.
BACA: Fasha Sandha Syukur Berat Badan Kini 50Kg, Boleh Sarung Baju Anak Umur 9 Tahun
Menurut Fasha lagi, biarpun seorang wanita itu mungkin lebih berharta dan berjaya namun tetap perlu menghormati suami serta meletakkan suami di atas.
“Ini berdasarkan kepada pendapat peribadi saya sendiri, sekufu atau tidak itu sebenarnya jatuh nombor dua. Ini kerana, apabila kita menjadi isteri kita adalah di bawah suami walaupun kita lebih kaya, berharta dan berjaya.
“Suami tetap perlu berada di atas. Saya akan pastikan Aidil adalah suami saya dan saya perlu menghormatinya. Tidak dinafikan dalam perkahwinan ini kadang-kadang kita tidak sependapat.
“Masing-masing ada pandangan sendiri, tapi kami berdua cuba cari jalan terbaik untuk mencari penyelesaian dan titik tengah. Nak kata saya sempurna tidak, tapi saya buat demi anak-anak kami,” katanya.
Sementara itu, Fasha menolak tanggapan mendakwa kehidupan rumah tangga pasangan selebriti cukup berat apatah lagi banyak kes perceraian dilaporkan.
Sebaliknya, Fasha berkata ramai orang diluar sana melalui situasi sama namun kisah selebriti lebih mendapat perhatian dan menjadi bahan berita.
“Saya sentiasa menganggap perkahwinan ini adalah satu pinjaman yang saya tidak tahu sampai bila? Tapi dalam waktu sama, saya nak pinjaman diberikan ini berkekalan hingga akhir hayat.
“Kalau pinjaman ini hanya sementara tiada yang mampu saya lakukan kerana semua itu sudah ditakdirkan. Namun apa yang penting kita sebagai suami dan isteri perlu buat yang terbaik,” katanya.
SUMBER: Harian Metro