Perkongsian usahawan Datuk Seri Vida menjadi perhatian apabila berkongsikan momen pertemuannya dengan pempengaruh media sosial, Sajat di Singapura.
Menerusi hantaran tersebut, Vida dilihat duduk semeja dengan Sajat dan pempengaruh itu dilihat mahu bersalam dengannya selepas sekian lama tidak berjumpa.
BACA: “Bangga Dengan Usaha Cari Rezeki Halal” – Sajat Sedih Rumah Dah Dijual
Apa yang menjadi perhatian, Sajat menarik lengan bajunya untuk menutup tangan sebelum bersalaman kerana mahu menjaga air wuduk.
“Hari ini saya jumpa Datuk Vida, lama tak jumpa. Datuk jom salam dulu. Saya nak jaga air sembahyang walaupun saya macam ini,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Sajat yang dilihat mahu menjaga batas kerana sedar individu tersebut bukan mahram.