fbpx

Wak Doyok Dikecam Cium Pipi Gadis Cantik

Kecoh sekejap semalam apabila beberapa gambar Wak Doyok bersama seorang wanita cantik menyambut hari jadi bersama tersebar. Apa yang lebih menjadi buah mulut apabila tersebarnya video Wak mencium gadis tersebut dengan mesranya yang difahamkan seorang model antrabangsa.

BACA: Demi Misai, Wak Doyok Sanggup Tolak RM1 Juta

Menerusi video itu, wanita yang dikenali sebagai Malika Askarova membuat kejutan ulangtahun kelahiran Wak di sekitar Kuala Lumpur. Ketika itu sempat rakan-rakan mereka mengambil video Malika mencium pipi Wak hingga beliau membalas kembali ciuman itu dan berpeluk mesra.

Bagaimanapun aksi terbabit tidak disenangi pengikut Wak di laman sosial. Ramai mula membanjiri ruangan komen mengecam tindakan Wak yang tidak menghormati hukum hakam Islam. Ada juga yang menasihati Wak supaya lebih menjaga sempadan pergaulan dengan wanita.

Setakat ini Wak masih belum memberikan komen mengenai kontroversi ini. Kalau benar wanita terbabit buah hati Wak, tahniah diucapkan. Bertuah Wak dapat buah hati antarabangsa, lepas ni harapnya dapat makan nasi minyak ya! (rtky/w)