Baru-baru ini, melalui sebuah akaun Instagram yang mendakwa mereka mahir membezakan ketulenan jam berjenama dan jam palsu – telah memetik beberapa nama selebriti tempatan yang didakwa menggayakan jam berjenama palsu termasuklah Wak Doyok, Dato’ Aliff Syukri dan juga Adira AF.
BACA: Wak Doyok Jana RM3.5 Juta Dalam Masa Seminggu?
Dalam satu screenshot perbualan di antara seorang peminat yang menegurnya bahawa jam yang dipakainya itu palsu, akaun Instagram dengan nama Wak Doyok menjelaskan situasi sebenar.
Selain barisan selebriti yang turut didedahkan menggayakan barangan palsu tersebut, banyak lagi barisan nama terkenal di dalam bidang perniagaan jualan langsung (MLM) dan juga forex turut terpalit dengan pendedahan tersebut.
Apa pun, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana barisan selebriti mengenai perkara tersebut. (rtky/s)