fbpx

“Wajah ‘Selenga’ Dialah Yang Buat Saya Jatuh Cinta” 

Pelakon dan pengacara Ain Edruce berkata dia tidak terasa hati dengan komen netizen yang mempersenda wajah suaminya, Amirul Hafiz serta meminta mereka yang tidak senang dengan kontennya supaya abaikan sahaja.

Memetik Media Hiburan, Ain berkata dia jatuh cinta dengan suaminya kerana wajah ‘selenga’ itu serta menjelaskan dia menjadikan media sosial tempat untuk menyimpan kenangan.

BACA: “Tak Pernah Rasa Sakit Macam Ni” – Ain Edruce Keguguran Anak Kedua

“Saya taklah terasa sangat sebab muka dia memang sebegitu. Sebab wajah ’selenga’ dialah yang buat saya jatuh cinta dan berkahwin. 

“Sosial media merupakan tempat saya menyimpan kenangan. Satu hari nanti saya nak tengok semula. Kalau simpan dalam galeri kita tak akan tengok atau mungkin terpadam.

“Kalau ada yang tak suka, bosan atau rasa menyampah, abaikan saja video saya. Saya tak kisah sebab ada orang di luar sana yang terhibur dengan konten saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ain berkata suaminya tidak terkesan mengenai isu tersebut kerana dia tidak tahu tentang apa netizen perkatakan tentang dirinya.

“Amirul tak terasa hati pun. Dia tiada akaun TikTok atau X. Jadi, dia tak tahu apa yang berlaku dan apa orang kata pasal dia.

“Kalau terjumpa dia di luar, tak perlulah bagi tahu dia dikecam sebab dia memang tak tahu. Saya ada bagitahu dia pasal hal ini tapi dia tak kisah.

“Kalau dengar komen-komen kecam ini, dia akan gelak saja. Saya pula sejenis mudah terasa walaupun luarannya nampak bising-bising. Saya rasa Amirul yang lebih sesuai jadi artis,” katanya.

SUMBER: Media Hiburan