Umum mengetahui sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania didakwa sudah bernikah di Songkhla, Thailand.
Sejak itu, apa saja laporan mengenai pempengaruh berusia 19 tahun itu pasti akan menjadi bualan ramai di media sosial.
BACA:
View this post on Instagram
Selepas mendedahkan dirinya seorang yang ‘introvert’, tular pula video Marissa memaparkan transformasi wajahnya sebelum dan selepas didandan oleh jurumekap.
Video yang dikongsikan oleh akaun produk kecantikan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang meninggalkan komen kecaman dan sindiran susulan kontroversi terpalit dirinya.
Turut menjadi perhatian apabila ada netizen melabel wajah Marissa muka awam atau wajah biasa yang sering dilihat dimana-mana jika tanpa solekan.
Dalam pada itu, ada yang meminta supaya tidak menghina ciptaan Tuhan hanya disebabkan kontroversi terpalit pempengaruh itu dan lebih baik berdiam diri jika tiada perkara yang baik untuk dikatakan.