Wahid Senario Banyak Habiskan Masa Di Masjid
Dilihat semakin menyepi dari dunia hiburan, pelawak Wahid Senario berkata dia kini lebih banyak menghabiskan waktunya di masjid.
Bagaimanapun, Wahid berkata dia masih menerima tawaran sekiranya ada dan mengakui lebih selesa tinggal di Ipoh, Perak.
“Namun, itu tidak bermaksud saya dah meninggalkan segala aktiviti seni kerana saya masih menerima tawaran aktiviti hiburan sekiranya ada.
“Namun, saya selesa tinggal di Ipoh, Perak. Memang saya sasarkan duduk di Ipoh sejak dulu walaupun ada kerjaya di Kuala Lumpur. Selepas dapat anak kedua, saya balik semula ke Ipoh.
“Sebenarnya selepas kahwin, saya bawa isteri ke Kuala Lumpur. Dia asal Ipoh dan bila tinggal di Kuala Lumpur, dia jadi serabut kepala. Bayangkan nak beli bawang pun kena beli di tempat yang besar,” katanya.
Dalam pada itu, Wahid mengakui pernah ‘dimarahi’ anaknya kerana berkongsi kisah penghijrahannya kepada masyarakat. Ujarnya, anaknya kurang selesa apabila cerita perubahan imejnya menjadi perhatian.
“Saya kata kepada mereka, nak buat macam mana kerana orang sering bertanya dan saya kena jelaskan perkara sebenarnya.
“Apapun ini tuntutan agama dan kita kena buat benda ini. Sebagai individu milik masyarakat yang orang kenal, apabila tengok kita berubah, pergi masjid, pasti orang kaitkan dengan benda ini.
“Bagi saya sama ada kita betul-betul nak berubah 100 peratus atau 50 peratus, terserahlah. Yang penting kita kena buat benda ini. Sebagai seorang bapa, dapat tunjuk sikit pun okeylah bagi saya,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Org2 laki islam mmg wajib ke masjid. Bahkan antara 10 org yg solat x diterima adalah org lelaki yg x solat berjemaah di masjid. Tp kalau ikut mazhab kita solat sendiri di terima cuma hilang laa fadilat dan kelebihan solat berjamaah tu. Dlm hadis lain antara ciri2 org munafik itu adalah org yg tidak solat berjemaah di masjid. So terpulang laa pd diri masing2…
Tipikal artis melayu bila dah sendu cuba pulak hijrah nak tunjuk terlbih islamik. Very fake
Betul gak..bila tgh popular x penah lak nk brhijrah ke ape ke..bila mula merudum je mula la kata dpt hidayah bagai..x jd masalah mlh bagus tp bila diwar2 kan da jd cam riak pulak..tetiba da jd cam taraf ustaz pulak hehe..
Alhamdulillah…berusaha untuk.menjadi yg lebih baik…
Wahid dah mmg baik tanpa meriak, semasa zaman popular dia.
TO BERANGAN KAYA ROTI DAN INTAN … KORG 2 ORG NI DAH KENAPA ???? DAH TERPALING BAIK KE APA ?? SETAHU AKU WAHID NI DARI DULU LAGI MCM NI LEPAS DIA BALIK DARI MEKAH… KORG 2 EKOR NI MMG JENIS X SENANG TENGOK ORG BUAT BAIK KAN.. SEMUA NK KONDEM…. HATI TU JGN BUSUK SGT MCM KITA TU TERPALING BAIK MCM X MASUK NERAKA.
dia ikhlas berubah ke tak itu urusan dia dgn Allah. Kita tak ada hak nak hukum keikhlasan dia. Bukannya wahid terang2 buat maksiat? Pegi masjid pun org kecam? Allahuakhbar sedih rasa baca komen sesetengah netizen ni. Semoga kita semua diberi hidayah.