Umum mengetahui, usahawan berjaya Datin Vivy Yusof menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunasi dalam kehidupan seharian mereka termasuklah ketika bercakap dengan keluarga serta anak-anak.
Jarang sekali kita melihat pengasas tudung jenama dUCk Scarves untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Bagaimanapun, niatnya melakukan ‘BM Challenge’ iaitu bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia selama sehari dikecam teruk oleh netizen.
BACA: Vivy Yusof Hadiah Lebih Sedozen Tudung Buat Lisa Surihani
Malah netizen menyifatkan tindakan Vivy itu dianggap memalukan dan digelar poyo kerana sebagai seorang Melayu sepatutnya fasih berbahasa Melayu. Ada netizen berpendapat, ramai orang Melayu malu untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu kerana bimbang akan dicop sebagai low class.
Netizen turut mengatakan, negara kita sudah merdeka tetapi pemikiran masih dijajah sehinggakan bahasa sendiri diperkecilkan dan diketawakan.
Kata netizen lagi, ia sangat memalukan jika rakyat Malaysia tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu sedangkan warga asing yang datang bekerja di Malaysia fasih berbahasa Melayu.
Bagaimanapun, Vivy tidak mudah melatah dengan kecaman netizen terhadap dirinya. Menerusi Insta Story, beliau begitu positif dengan mengatakan tidak semua orang akan sukakan kita dan perkara itu sudah biasa bagi dirinya.
Meskipun ramai mengecam, namun ada netizen mempertahankan usahawan tersebut dengan berpendapat mungkin beliau sudah biasa berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.